Monday, July 5, 2010

Kerana Cinta


Kerana cinta-Lela

Kerana cinta aku bahagia
Kerana cinta aku sandiwara
Justeru kerana cinta juga aku jatuh tiada arah
Sepertinya aku sendiri tidak tahu apa tujuannya

Bertahun lamanya aku kesepian tiada cinta
Takut sekali untuk aku mendekati rasa cinta
Kerana aku tidak mahu merasakan sakitnya cinta
Untuk kali kedua mahupun ketiga dan juga seterusnya

Akan tetapi kini segalanya sudah berubah
Perasaan itu dekat sekali menghampiri aku
Berusaha aku menolaknya tapi enggan juga mengalah
Apa ini takdir, sekali lagi aku jatuh di tangannya cinta

Jelas ternyata aku sudah serik akan semua ini
Tapi aku juga tidak bisa menghalang perasaan
Mulut saja bilang tidak tapi hatinya jelas bersetuju
Keliru sudah sentiasa, Tuhan bantui aku hamba Mu

No comments:

Post a Comment