Saturday, July 17, 2010

Mak Cik Sanggul



HB !

Saturday, July 10, 2010

I-City Shah Alam





7 July 2010-aku, kakak, diba, apis, najib and lastly khaidir kitorang pergi No 1 Technology City aka I-City Shah Alam. So far memang happening gila sebab apis and najib masuk competition tendang bola tutup mata. Haha, luckily dua-dua dapat gol kan then dapat hadiah.

Hadiah tersebut merupakan botol air yang comel justeru botol tersebut diberikan kepada kakak ngan diba as their girlfriends, so sweet right. Kitorang memang gelak terbahak-bahak sebab ada yang tendang tak gol-gol, mana tak nya orang bagi instruction suruh pusing kiri dia pergi pusing kanan haha sampai kiri kanan pun dah tak boleh nak bezakan. Haha, memang funny gila kot. Lepas tu, kitorang pergi ambil maggi free kira macam promotion la. Free kot, siapa je yang tak nak kan.

Overall, I-City punya lampu memang bapak cantik lah tapi aku rasa they should tambah lagi some lights dekat ruang-ruang yang kosong plus kalau boleh buat la simen elok-elok tempat pejalan kaki sebab if hujan then lecah dah tak best dah nak jalan. Then, lepak kejap borak-borak pastu peja ngan sale datang, so kitorang pergi uptown pulak. Hari yang memenatkan tapi penuh bermakna sebab aku dapat sesuatu daripadanya. Thanks.

Monday, July 5, 2010

Sambil-sambil


Yuna-Cinta sempurna

Sambil-sambil mengonline dengarkanlah lagu ini
Di mana lagi ini ditujukan sekali lagi kepadanya, ceyy
Koya sungguh aku ni, orang kl cakap ' tak boleh blah ' haha.

P/s : Suka hati aku nak koya dan berjiwang-jiwang sebab blog ni blog aku.

Kerana Cinta


Kerana cinta-Lela

Kerana cinta aku bahagia
Kerana cinta aku sandiwara
Justeru kerana cinta juga aku jatuh tiada arah
Sepertinya aku sendiri tidak tahu apa tujuannya

Bertahun lamanya aku kesepian tiada cinta
Takut sekali untuk aku mendekati rasa cinta
Kerana aku tidak mahu merasakan sakitnya cinta
Untuk kali kedua mahupun ketiga dan juga seterusnya

Akan tetapi kini segalanya sudah berubah
Perasaan itu dekat sekali menghampiri aku
Berusaha aku menolaknya tapi enggan juga mengalah
Apa ini takdir, sekali lagi aku jatuh di tangannya cinta

Jelas ternyata aku sudah serik akan semua ini
Tapi aku juga tidak bisa menghalang perasaan
Mulut saja bilang tidak tapi hatinya jelas bersetuju
Keliru sudah sentiasa, Tuhan bantui aku hamba Mu