Tuesday, December 28, 2010

Sakit


Headache + stomach ache + period cramps = bad mood

Kan?




Monday, December 27, 2010

Mahu




Stud zip around purse




Plaited tie front bag

Sayu rasanya sebab dapat tengok je handbag dengan purse topshop ni. Dapat pegang belek-belek je dekat kedai tapi tak mampu nak memiliki. Walaupun duit masih ada masih juga tak nak beli sebab macam tak berbaloi. So conclusionnya tak beli dan tak nak jejak kaki dekat mana-mana shopping mall dah. You know, it hurts a lot for not having these topshops. Sabar, yes that's the word. 'Forward half of the faith', maksudnya sabar separuh daripada iman. Tak dapat benda atas ni, sabar. Pakai handphone cap ayam, sabar. Pakai selipar jamban je ke hulu ke hilir, sabar lagi. Tak ada transport sendiri nak pegi mana-mana, terus jela bersabar.

Pegi jalan-jalan tutup mata senang, tak nampak barang sekeliling. Jangan sampai langgar dinding sudah. Haha. Aku boros orangnya, ya sangat mengaku statement itu. So kalau aku agak berduit atau senang cerita duit ptptn dah masuk ke, terus call mama untuk keselamatan dunia dan akhirat. Bank-in terus sebab tak nak pegang duit banyak-banyak bahaya. Mama memang ada share ke atas setiap duit yang aku perolehi, so apa yang dia nak buat dengan duit itu aku sikit pun tak kisah. Hehe.

Sampaikan bila duit masuk semester ni, aku rasa risau sangat. Rupa-rupanya mama tak mintak duit, so aku cakap la dekat mama 'Ma! Kenapa tak mintak duit atin? Mintak laaa..' dengan nada yang nak nangis. Lepas tu mama macam 'Ha?' Lepas tu kitorang macam gelak gila-gila sampai sakit perut tulang belakang semua. Haha. Yela, selama ni mama mintak, mulut aku terkumat-kamit coh ceh coh ceh. Pikir nak beli tu macam mana nak beli ini macam mana kalau duit ada dekat mama. Susah. Last-last aku pulak marah sebab mama tak mintak duit, haha. Ini namanya dah terbiasa. Dah 6 semester dah.

Aku bersyukur sebab ada mama yang very the understanding. Sebab dia tau anak dia boros, dia mintak pun supaya aku tak belanja lebih-lebih. Kira macam superwoman datang menyelamatkan aku daripada terjerumus ke tabiat yang tidak baik lah ni. Cewah, ayat tak boleh blah la kan. Hehe. If aku yang handle sendiri alamat seminggu je, after that makan nasi bujang je tak pun maggi. Haha cool kan? Pengajarannya, if nak buat apa-apa yang berkaitan dengan duit, ask your mom first. Sebab dia yang tahu apa yang baik dan buruk untuk anda.

Saturday, December 25, 2010

P Ramlee


Im alone




Best buddies







23 December 2010-Sunway pyramid

Sunday, December 19, 2010

Next Thursday


Im going back home, yeay!

Connecting people


Facebook vs myspace!


Yeah, dulu aku curang. Daripada pencinta myspace then moving to facebook. Sekarang myspace apa cerita pun tak tau tup tup hari tu survey ya rabbi! Bapak kronik. Nak tekan yang mana satu pun tak tau la menyebabkan aku rasa menyampah dan malas nak bukak myspace lagi. Hehe *lupa diri. But aku tengok semua orang pun macam tu apa. So rileks la kan buat muka dont know je.

Sekarang ni nak cerita zaman kegemilangan myspace dulu which also banyak mengumpul kenangan terindah. So kalau nak direct to the point, yes! Memang best la kalau ada bf/gf yang boleh turut sama ada myspace. Kira macam hang ada password aku, aku ada password hang so tak boleh nak curang satgi kantoi padan muka. Haha. Tak pun macam kita boleh post comment *I love you sayang or whatever yang berkaitan. Maksud aku yela sweet sangat kan. Huh. Tapi rugi sebab dulu myspace tak boleh nak 'in relationship' bagai so kita tak boleh la nak show off our partner macam dekat facebook sekarang ni.

Pastu kan kalau agak-agak bosan dengan *apa korang panggil? Layout? Background profile? boleh la tukar. Hari ni pink besok purple pulak kan, kalau habis tak ada kerja sangat sehari sekali pun okay nak tukar benda alah tu. Cari jangan tak cari dia punya codes la pastu duk generate, edit apa entah. Haish! Memang pening kepala. Yela nak buat yang paling vouge punya tak nak la kalah dengan orang lain mesti the best of the best kan. Ceit. Tapi dulu tak pening sebab dah pro. Cewah mengaku tak tahan tu, bukan prosak ye tapi professional. Nak compare dengan facebook sekarang yang very easy, simple, and standard. Good. Tak banyak masalah.

Kalau anda tak lupa/hilang lagi password myspace cuba bukak tengok. Rasa macam myspace nak tiru gaya facebook sekarang pun ada. Kan? Kan? Try check tengok bukan nak tipu. Ni betul punya pendapat. Tapi kesian dah upgrade sana sini pun still orang tak nak guna sangat. Why? Kenapa tak nak bagi second chance dekat I? *kalau la myspace tu boleh bercakap kan. Pastu ada je yang jawab 'sebab you dah kuno, lama, lapuk, berhabuk. Facebook lagi up-to-date. Kalau I pegi dekat you pun all my friends ada dekat facebook so how? Dont blame me. Dengan tunduk bercucuran air mata myspace. Wtf? Aku merepek lagi. Okay. Fullstop -_-

Conclusionnya aku suka myspace dulu sebab masa tu aku ada yang tersayang but now since using this facebook dah tak ada dah. Its okay still got my friends in there. Apa yang sensasinya sudah ada desas-desus yang mengatakan bahawa facebook ini sudah bosan. 'facebook is getting bored and bored' macam macam la aku nampak yang mengepost dekat status dia. Yang paling dahsyat sekali ada yang bosan sampai delete facebook. Huish dahsyat kot drastik gila tindakan dia. Lepas 2 3 minggu active kan balik. Haha. Tak ada kerja kot. Okay guys, jom mandi jom!

Friday, December 17, 2010

Katrina-the second wife




Adam : Kat . . sebenarnya . . sebenarnya I . .

Katrina : You tak cintakan I seperti you cintakan Nur. I tau.

Adam : I . .

Katrina : Tak pandang I macam you pandang Nur . . tak layan I macam you layan Nur. Bila you dengan Nur you gembira sangat you know . . selesa. Bila you dengan Nur you . . there's a light that shines inside you Adam.

Adam : Kalau you dah tau . . kenapa kita teruskan keadaan ni.

Katrina : I tau yang I tak ada lagi dalam hati you . . but you masih dalam hati I.

Adam : Katrina . .

Katrina : Walau apa you nak buat . . I tak nak you rasa bersalah okay. So I redha dengan apa je . . asalkan I tetap jadi isteri you.

Wednesday, December 15, 2010

Sharifah Sofia




She's beautiful

Sunday, December 12, 2010

Congrats !




Di kesempatan ni nak ucapkan congratulations dekat dayana sebab dah berpindah ke blog yang baru. Tahniah. Terima kasih juga sebab menjadi sumber inspirasi aku selama ni. Kalau online tak sah kalau tak jenguk blog beliau. Yela sebab we do share the same stories before and it is time to move on. Kan. Congrats once again semoga beliau dapat mengepost entry-entry yang menaikkan semula semangat-semangat yang telah hilang. Peace yaw.

Saturday, December 11, 2010

Current


Apa yang penting sekarang?


assignments + quizzes = study !



Wednesday, December 8, 2010

Oh my


I miss my past, seriously.

Tuesday, December 7, 2010

Ayat-ayat cinta


Maria : Kamu percaya jodoh fahri?

Fahri : Setiap orang memiliki

Maria : Jodohnya masing-masing, itu yang selalu kamu bilang.

Maria : Senangnya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan tuhan dari langit.

Fahri : Bukan dari langit maria, tapi dari hati. Dekat sekali.

For you




For the rest of my life

-Maher Zain-

For the rest of my life, I'll be with you
I'll stand by your side, honest and true
Till the end of my time, I'll be loving you
Loving you

P/s : Mood-sebak